Thursday, 18 October 2012

CERIA WALAU TERLUKA.. ITULAH AKU!


Assalamualikum...

Salam perkenalan kepada semua.. Saya baru sahaja membuat laman blog ni untuk service yg saya telah jalankan lebih dari 2 tahun... kenapa baru sekarang saya lakukannya secara on-line? Itupun dengan tunjuk ajar oleh rakan sekerja... Terima Kasih Kak Gee... :)

Ok.. sebenarnya sebelum ni saya banyak menawarkan service ini secara face to face ataupun ads di website tapi memandangkan sekarang ramai yang melakukannya di blog dan hasilnya sangat memberangsangkan jadi saya pun inginlah mencuba kannn...

Saya orangnya yang saya perasan dan yang orang selalu cakaplah, happy go lucky... banyak dugaan dan perkara yang terlalu berat untuk di kongsi berlaku dalam hidup saya, namun saya anggap semuanya sebagai takdir Allah SWT untuk menguji saya... namun semuanya saya simpan dan saya tak nak orang di sekeliling saya merasa susah hati dan terbeban kerana saya.... panjang pula saya menyimpang... oklah, sekarang tujuan saya hanyalah ingin berjaya di dalam perniagaan yang saya sedang dan akan jalankan dan mendapat bahagia di dunia dan akhiratNYA... Amin~


No comments:

Post a Comment